Friday, December 31, 2010

Ada Apa Dengan Ayam Khairil's Farm


SISTEM PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN

Pengurusan Kesihatan Harian

Kesihatan merupakan salah satu faktor penting dalam penternakan Ayam. Penjagaan kesihatan dilaksanakan dengan kaedah pencegahan. Ayam yang sihat akan mengeluarkan ayam kampung yang banyak dan menghasilkan daging yang berkualiti.

Program Kesihatan

Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi, Ayam tidak mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Ayam kampung juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress) jika dibandingkan dengan ayam pedaging, tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pertambahan berat badan akan berkurangan.

Ladang ini akan menjalankan konsep ternakan organik. Di mana makanan sampingan yang diberikan, terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan di sekitar dan herba-herba liar. Demi kesihatan pengguna, ayam ternakan di ladang ini, tidak disuntik dengan sebarang hormon atau ubat penggalak pembesaran yang asasnya adalah bahan kimia.

Saturday, July 10, 2010

Chicken Facts

  • Male and females sexually mature at about five months of age.
  • A female lays between 90 to 200 eggs per year.

  • Humans eat on average 75 pounds of poultry/year.

  • The Comb of a chicken functions as its cooling system. Chickens do not sweat like humans. The chicken cools itself by circulating its blood throughout its comb and wattles.


  • The Earlobe color can tell you what color egg the chicken will lay.
If the chicken has a white earlobe, it will lay a white-shelled egg.If it has a red earlobe, it will lay a brown-shelled egg


  • Feathers basically serve as the bird's protection.
  1. Insulate the bird from the cold
  2. Protect the bird's skin from getting wet
  3. Help the bird fly or glide to safety.


Monday, July 5, 2010

Automatic Air Force Egg Incubator and Hatchery



Mesin incubator di atas adalah satu kejayaan daripada R&D Khairil's Farm dengan usahasama pelajar dari Fakulti Kejururuteraan, UPM. Projek yang dikelolakan di bawah Projek Pelajar Tahun Akhir ini bertujuan untuk menetaskan anak ayam dengan penggunaan sistem kawalan automatik yang mudah, selesa dan mengurangkan langkah kerja dalam mengendalikannya. Ia juga dapat memastikan pengusaha ternakan berskala sederhana atau kecil mengurangkan kos membeli anak ayam dari pembekal atau membeli pengeram telur yang besar di mana mesin tersebut adalah mahal dan tidak praktikal untuk kegunaan kecil-kecilan. Dengan cara ini, pengusaha dapat menjana pulangan yang tinggi dan menghasilkan tetasan anak ayam yang berkualiti dengan kecekapan yang tinggi.


Memuatkan bilangan 50 biji telur pada satu masa


Kaedah jenis pengeram yang dibina adalah jenis pengeram dengan kitaran udara dan mempunyai fungsi golekan telur automatik di mana jangka masanya boleh dilaras dan ditetapkan melalui penggunaan digital timer. Suhu juga dikawal secara automatik melalui penggunaan digital termometer. Mesin seberat 10 kg ini mampu menetaskan anak ayam dalam tempoh masa 21 hari.

Pemilihan bahan rangka yang diperbuat daripada aluminium menjadikan reka bentuk incubator ini unik dengan rekaan seperti 'dome'. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan beban mesin dan mengecilkan saiz supaya ianya adalah mesin mudah alih. Boleh dibawa masuk ke dalam mana-mana jenis kenderaan. Mesin ini diintegrasikan bersama penetas yang boleh disambung pada bahagian bawah. Menjadikannya mesin yang sangat efisien dalam pengendalian kerja. Tahap efisiensi mesin tidak lagi diragui setelah pelbagai uji kaji dilakukan serta ujian menetaskan anak ayam.


Kecekapan mesin ini mampu menetaskan anak ayam pada kadar 88%



Renovation in Progress


Setelah hampir 2 tahun ladang Khairil's Farm beroperasi, pihak kami akhirnya memerlukan pengubahsuaian terhadap reban dan sekitar kawasan ladang. Segala aktiviti penternakan dan penjualan produk terpaksa kami hentikan buat seketika. Ladang akan kembali beroperasi seperti biasa apabila pengubahsuaian telah siap diuruskan.

Namun, kami masih menerima tempahan jika memenuhi kriteria yang kami perlukan. Begitu juga dengan khidmat nasihat atau tunjuk ajar kepada penternak-penternak yang baru ingin menceburkan diri. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya terus kepada kami.

Tuesday, January 19, 2010

Automatic Incubator



Khairil's Farm dalam mengusahakan projek terbaru yang masih dalam R&D. Automatic incubator yang mampu memuatkan 50 biji telur dengan kos pembinaan yang murah. Mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan prestasi menetaskan anak ayam yang berkualiti.

Saturday, September 26, 2009

Ladang 2 (kemaskini)

Pengunjung melawat ladang


Semaian Cili Padi Semerah