Monday, July 5, 2010

Automatic Air Force Egg Incubator and Hatchery



Mesin incubator di atas adalah satu kejayaan daripada R&D Khairil's Farm dengan usahasama pelajar dari Fakulti Kejururuteraan, UPM. Projek yang dikelolakan di bawah Projek Pelajar Tahun Akhir ini bertujuan untuk menetaskan anak ayam dengan penggunaan sistem kawalan automatik yang mudah, selesa dan mengurangkan langkah kerja dalam mengendalikannya. Ia juga dapat memastikan pengusaha ternakan berskala sederhana atau kecil mengurangkan kos membeli anak ayam dari pembekal atau membeli pengeram telur yang besar di mana mesin tersebut adalah mahal dan tidak praktikal untuk kegunaan kecil-kecilan. Dengan cara ini, pengusaha dapat menjana pulangan yang tinggi dan menghasilkan tetasan anak ayam yang berkualiti dengan kecekapan yang tinggi.


Memuatkan bilangan 50 biji telur pada satu masa


Kaedah jenis pengeram yang dibina adalah jenis pengeram dengan kitaran udara dan mempunyai fungsi golekan telur automatik di mana jangka masanya boleh dilaras dan ditetapkan melalui penggunaan digital timer. Suhu juga dikawal secara automatik melalui penggunaan digital termometer. Mesin seberat 10 kg ini mampu menetaskan anak ayam dalam tempoh masa 21 hari.

Pemilihan bahan rangka yang diperbuat daripada aluminium menjadikan reka bentuk incubator ini unik dengan rekaan seperti 'dome'. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan beban mesin dan mengecilkan saiz supaya ianya adalah mesin mudah alih. Boleh dibawa masuk ke dalam mana-mana jenis kenderaan. Mesin ini diintegrasikan bersama penetas yang boleh disambung pada bahagian bawah. Menjadikannya mesin yang sangat efisien dalam pengendalian kerja. Tahap efisiensi mesin tidak lagi diragui setelah pelbagai uji kaji dilakukan serta ujian menetaskan anak ayam.


Kecekapan mesin ini mampu menetaskan anak ayam pada kadar 88%