Setelah hampir 2 tahun ladang Khairil's Farm beroperasi, pihak kami akhirnya memerlukan pengubahsuaian terhadap reban dan sekitar kawasan ladang. Segala aktiviti penternakan dan penjualan produk terpaksa kami hentikan buat seketika. Ladang akan kembali beroperasi seperti biasa apabila pengubahsuaian telah siap diuruskan.
Namun, kami masih menerima tempahan jika memenuhi kriteria yang kami perlukan. Begitu juga dengan khidmat nasihat atau tunjuk ajar kepada penternak-penternak yang baru ingin menceburkan diri. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya terus kepada kami.